Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

ANMS Sik Dorong Amalan Gaya Hidup Sihat

By 19 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Yusmila Yusof (Sik)

SIK, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – “Kita perlu membudayakan kehidupan yang baik dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dalam menjadikan kita sihat sejahtera sepanjang hayat,” ujar Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman ketika berucap merasmikan Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Daerah Sik, di Arena Futsal MDS Bandar Baru Beris Jaya, semalam.

Ahmad Tarmizi turut menyeru orang ramai agar terus membudayakan gaya hidup sihat selaras dengan tema ANMS.

“ANMS ini merupakan salah satu usaha kerajaan yang menjadikan kesejahteraan kesihatan rakyat sebagai keutamaan.

Justeru itu, beliau berharap menerusi ANMS ini dapat memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda