Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

RM77.3 Bilion Subsidi Untuk Kurangkan Kesan Inflasi – PM

By 20 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/JaPen

SHAH ALAM, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan Malaysia membelanjakan RM77.3 bilion peruntukan subsidi bagi mengurangkan tekanan inflasi yang dihadapi rakyat ketika ini.

Katanya, peruntukan tersebut merupakan jumlah subsidi terbesar dalam sejarah negara meliputi petrol, diesel, LPG, minyak masak, tepung dan elektrik.

“Malaysia tidak terkecuali daripada tekanan inflasi global menyebabkan kenaikan harga barangan tidak boleh dielakkan sepenuhnya.

“Bagaimanapun, kadar inflasi negara berada pada paras 3.4 peratus dan angka ini merupakan antara yang terendah di Asia Tenggara,” katanya ketika merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di perkarangan Stadium Shah Alam, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,  Tan Sri Noh Omar.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda