
Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)
TANAH MERAH, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Menderma darah sempena hari kelahiran menjadi hadiah paling istimewa buat seorang penjawat awam.
Hashimah Hassan, 50, berkata beliau mengambil peluang berbakti kepada mereka yang memerlukan pada tarikh beliau dilahirkan.
“Saya tidak sangka dan merasa sangat gembira kerana pada hari lahir kali ini dapat menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa,” katanya ketika ditemui di program Sambutan Hari Kesedaran Kesihatan Mental Peringkat Daerah Tanah Merah di Dewan Jubli Perak, di sini pada Isnin.
Pegawai Perubatan Jabatan Pathology (Unit Tabung Darah) Hospital Daerah Tanah Merah Dr. Fatmie Ariffin yang ditemui di program itu berharap orang ramai dapat menderma darah demi menyelamat nyawa orang lain yang memerlukan.
Program yang dirasmikan oleh Timbalan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan Hilmi Abdullah turut dihadir oleh Pegawai Daerah dan Jajahan Tanah Merah Mohamad Yusuf Husin.
-ZS-