Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Persiapan Jalur Gemilang Gergasi Daun Mengkuang Berjalan Lancar

By 24 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

TANAH MERAH, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Persiapan bagi menghasilkan Jalur Gemilang Gergasi sepanjang 100 kaki daripada daun mengkuang oleh ahli Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Bukit Kechik di sini berjalan lancar.

Menurut Ketua KKM tersebut Mohd Nor Hassan, 61, ketika ditemui baru-baru ini penghasilan Jalur Gemilang daripada bahan-bahan tradisional menjadi satu usaha untuk mengenang kembali perjuangan pemimpin terdahulu semasa membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.

“Daun mengkuang yang diambil dari sungai berdekatan sekitar kampung ini dan tugas menganyam dibuat secara bergilir-gilir setiap hari bermula pukul 10.00 pagi hingga 7.00 petang.

“Selepas daun mengkuang yang dianyam menjadi tikar ianya akan diwarnakan mengikut warna Jalur Gemilang.

“Saya berharap Jalur Gemilang kami dapat disiapkan untuk diarak oleh 200 orang ahli KKM Bukit Kechik sejauh 1km pada malam ambang Merdeka nanti,” tambahnya.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda