Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Hari Kebangsaan Disemarakkan Semula Selepas Pandemik

By 31 Ogos 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd. Nasharuddin Mohd. Shah/Norasilah Ibrahim (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2022 peringkat Daerah Kota Tinggi telah diadakan di Mini Stadium Taman Kota Jaya, di sini hari ini yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor Norlizah Noh yang mewakil Menteri Besar Johor.

Beliau menyeru rakyat agar sentiasa mempertahankan kedaulatan negara.

“Marilah kita sama-sama mempertahankan maruah dan kedaulatan dalam membina martabat kemajuan demi membangunkan Malaysia dan Johor tercinta,” katanya ketika membaca perutusan Menteri Besar Johor.

Selain itu, salah seorang pengunjung yang ditemui, Faizal Yaakub menyatakan sambutan yang julung kali diadakan ini amat meriah dan bersesuaian dengan tema ‘Keluarga Malaysia, Teguh Bersama’.

Sambutan julung kali selepas pendemik menyaksikan perbarisan, perarakan dan perhimpunan seramai 41 kontinjen dari agensi kerajaan, pertubuhan dan sekolah yang terdapat di dalam daerah Kota Tinggi.

Turut hadir Pegawai Daerah Kota Tinggi Datin Paduka Haslina Jalil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili Muszaide Makmor, ADUN Pasir Raja Rashidah Ismail, ADUN Penawar Fauziah Misri, ADUN Tanjung Surat Aznan Tamin serta Ketua-Ketua Jabatan negeri dan persekutuan daerah Kota Tinggi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda