Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Hayati Bulan Kemerdekaan Melalui Nyanyian Lagu Patriotik

By 30 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Shaikh Mohamad Fikri Shaikh Ismail

SETIU, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelbagai cara dan pengisian yang boleh ditunjukan bagi menyemarakkan lagi rasa kecintaan kita kepada tanahair.

“Salah satunya adalah melalui pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik,” ujar Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Kampung (KKM) Pak Kancil Zokri Othman.

“Melalui pertandingan ini para peserta yang bertanding bukan sekadar menyanyi tetapi bait-bait lirik lagu-lagu patriotik turut dihayati demi membakar semangat cintakan tanahair bukan sahaja kepada peserta bahkan kepada penonton yang hadir.

“Pertandingan nyanyian lagu patriotik perlu dipergiatkan pada masa akan datang khususnya kepada generasi muda untuk meningkatkan patriotisme bagi golongan tersebut,” ujarnya pada program Semarak Kemerdekaan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik dan Merdeka@Komuniti Kampung Pak Kancil, di sini malam tadi.

Seramai 10 orang peserta dalam kalangan ahli-ahli Komuniti Rukun Tetangga kampung tersebut mengambil bahagian pada program yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bersama Pejabat Penerangan Daerah Setiu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda