Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Iktiraf Kejayaan Anak Muda Menerusi Hari Belia Negara

By 22 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Izati Wan Mohamad Abedullah Hakim (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kuala Kangsar merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap segala usaha dan kejayaan belia seluruh negara khususnya di daerah ini.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Mastura Mohd Yazid berkata pandemik COVID-19 telah menjadikan generasi belia sebagai pengguna teknologi dan media sosial yang tinggi sehingga mereka menjalani kehidupan yang tidak aktif.

“Indeks Belia Malaysia 2021 menunjukkan skor kesejahteraan mental dan fizikal belia berada pada tahap sederhana.

“Kerajaan percaya Model Baharu Pembangunan Belia 2030 yang sedang dirangka oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat direalisasikan sebagai agenda mutakhir bagi memperkasakan elemen belia sebagai sumber dan aset negara,” katanya ketika berucap merasmikan program di Dataran Pavilion, di sini pada Sabtu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda