
Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)
YAN, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Lebih kurang seminggu sahaja lagi, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum akan menyambut Hari Kebangsaan ke-65.
Bertepatan dengan itu bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Yan di sini telah diadakan penyerahan Jalur Gemilang gergasi berukuran 8×16 kaki oleh Ahli Parlimen Jerai Ustaz Sabri Azit kepada Pegawai Daerah Yan Mohamad Shubhi Abdullah.
Menurut Ustaz Sabri Azit Jalur Gemilang tersebut akan dikibarkan di Pekan Yan sebelum tibanya Hari Kebangsaan bagi menyemarakkan lagi semangat rasa cinta kepada negara dalam kalangan penduduk daerah Yan.
“Saya menyarankan agar kita semua dapat bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di premis-premis perniagaan, rumah mahupun kenderaan masing-masing.
Turut hadir Pegawai Penerangan Yan Anita Omar.
-ZS-