Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kemeriahan Berganda Dirai

By 25 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Wan Shahilawati Wan Baharuddin/Mohd Hafizi Hasni (Machang)

MACHANG, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Bahang kemeriahan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 65 semakin dirasai.

“Sempena bulan Muharam dan muafakat pelbagai kaum memasak bubur Asyura serta aktiviti kibar Jalur Gemilang menjadikan kemeriahan berganda.

“Gotong-royong memasak bubur Asyura sebanyak lapan kawah yang mengambil masa hampir lapan jam merupakan lambang semangat perpaduan dan kebersamaan Keluarga Malaysia,” kata Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Bandar Machang, Rahimbullah Abd Manan sempena Program Merdeka@Komuniti Peringkat Dewan Undangan Negeri Kemuning di Pasar Besar Machang, semalam.

Peniaga sayur di Pasar Besar Machang Wee Liu Peik, 49, yang ditemui berkata masyarakat Cina di sini tidak kekok untuk turut serta memasak bubur Asyura krana sudah lama bergaul dan memahami cara hidup orang Melayu.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kemuning Ustaz Mohd Roseli Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda