
Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Dexter Cysonned Ibrahim
KOTA KINABALU, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) 2022 memberi peluang kepada pelajar golongan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran.
Pengarah program Muhammad Fareez Abu berkata selain peluang dan tempat menyambung pengajian bantuan awal pendidikan dalam bentuk wang tunai turut diberikan.
“Diharapkan lebih ramai pelajar khususnya dari Sabah mengambil peluang ini untuk meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi,” katanya semasa ditemui media pada program itu di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini semalam.
Sementara itu Pensyarah Kolej Profesional MARA (KPM) Diana Evelyn Anak Mandai berkata program seumpama ini membolehkan pelajar mendapatkan maklumat untuk melanjutkan pelajaran ke bidang yang lebih tinggi.
Untuk rekod JPKM Kota Kinabalu merupakan destinasi terakhir JPKM di Sabah yang melibatkan 25 kaunter pameran daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta, institusi kemahiran tinggi dan rakan strategik lain.
-ZS-