Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kelapangan Tunggu Cucu Diisi Dengan Bina Arca Pasir

By 25 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dexter Cysonned Ibrahim/Nazri Ramshah Abdul Basah

KOTA KINABALU, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Masa lapang seorang pesara kerajaan Benjamin David ketika menunggu cucunya balik dari sekolah berdekatan diisi dengan membina arca pasir.

Benjamin mula mengukir pasir di Tanjung Aru berbekalkan sebatang sudu hingga mencuri tumpuan pengunjung dengan arca seperti gajah, singa, watak Spiderman dan banyak lagi.

“Tidak sangka pada April lalu saya ditegur oleh seorang pengunjung ketika sedang membuat arca pasir itu dan apabila menoleh rupanya orang tersebut ialah mantan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah.

“Dorongan serta kata-kata semangat yang diberikan Tun sangat memberikan inspirasi buat saya dan saya berharap lebih ramai anak muda yang turut menggunakan masa terluang mereka dengan aktiviti seperti ini,” ujarnya ketika ditemui media di Pantai Tanjung Aru, di sini pada Rabu.

Bercakap mengenai cabaran dalam menyiapkan arca pasir Benjamin berkongsi bahawa terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang merosakkan ukirannya dengan menambah ukiran yang menjadikan arca kelihatan tidak senonoh.

Beliau yang juga dikenali sebagai Mr. Sandman sedang berusaha menyiapkan arca pasir bertemakan Hari Kebangsaan 2022 yang dijangka siap sebelum 31 Ogos nanti.

-ZS-

Tinggalkan komen anda