Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Jualan Aspirasi Keluarga Malaysia Disambut Meriah

By 27 Ogos 2022Ogos 29th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)

SEREMBAN, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Jualan Aspirasi Keluarga  Malaysia sempena Program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Dewan Undangan Negeri Lenggeng yang  berlangsung di hadapan Pasar Raya Family Store, Taman Cengal Utama di sini baru-baru ini mendapat sambutan meriah daripada penduduk setempat.

Jualan Aspirasi Keluarga Malaysia ini telah menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga berpatutan seperti ayam, ikan, telur, minyak masak peket, beras dan barangan keperluan rumah terpilih.

Seorang pengunjung Mohd Adli Sidek, 46, berharap program itu dapat diteruskan dari masa ke masa bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.

“Sebaiknya program ini perlu diteruskan secara bulanan kerana memang mendapat sambutan yang baik dan jenis barangan yang terlibat juga boleh ditambah bagi menambah pilihan pengguna terutamanya bagi mereka yang tidak berkemampuan,” katanya.

Pengerusi KKM Lenggeng, Mustafa Salim memaklumkan bahawa program sebegini banyak membantu meringankan beban perbelanjaan isi rumah rakyat terutamanya golongan B40 selain menjadi pemangkin kepada pengguna untuk merancang pembelian dan membuat pilihan bijak dalam mendapatkan keperluan barangan harian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda