Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kadar Obesiti Rakyat Malaysia Tertinggi di Rantau Asia Tenggara

By 23 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Karnival Sihat Sempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang diadakan di sini baru-baru ini disambut baik 1000 orang penduduk sekitar bandar ini.

“Pesakit diabetik dan hipertensi meningkat pada kadar yang membimbangkan manakala kadar obesiti di negara ini adalah tertinggi di rantau Asia Tenggara.

“Kita perlu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon.

Menurutnya (ANMS) mempunyai empat teras agenda utama iaitu promosi gaya hidup sihat, kawalan kesihatan diri, kebersihan persekitaran dan pencegahan penyakit.

Karnival tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti senaman aerobik, sukan rakyat dan lain-lain.

-ZS-

Tinggalkan komen anda