Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kanak-kanak Tadika KEMAS Rai Sambutan Bulan Kebangsaan

By 30 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzilawati Kamarudin (Seremban)

REMBAU, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Bulan Kebangsaan kanak-kanak Tabika Kemas Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Zon B telah diadakan di Gelanggang Futsal Taman Angsamas, di sini baru-baru ini.

Sambutan dibuat dengan penuh gilang-gemilang gabungan enam buah tabika dalam zon tersebut.

“Kehadiran dan kerjasama daripada ibu bapa meraikan program ini bersama anak-anak mereka untuk menyertai pelbagai acara yang dipertandingkan menunjukkan pengorbanan dan sokongan kepada warga pendidik dan taman bimbingan kanak-kanak.

“Program seumpama ini adalah inisiatif KEMAS bagi memupuk nilai patriotisme seawal usia kanak-kanak,” kata wakil Pendidik Masyarakat DUN Rantau Siti Nor Ahmad.

KEMAS telah menerima Anugerah Trusted Brand (Jenama Paling Dipercayai) bagi kategori Pusat Pembelajaran Prasekolah Pilihan Pengguna di Malaysia oleh Reader’sĀ  Digest sebanyak tiga kali pada tahun 2017, 2020 dan 2022.

-ZS-

Tinggalkan komen anda