
Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Shuhaimi Ahmad
KUALA TERENGGANU, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Kebebasan dan kemerdekaan negara hendaklah terus dipelihara dan dipertahankan untuk generasi akan datang.
Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar berkata demikian semasa melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 2022 bertempat di Wisma Darul Iman, di sini pagi semalam.
Ahmad Samsuri berkata tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama menggambarkan bahawa semangat perpaduan dan integrasi nasional merupakan senjata yang amat penting yang perlu kita miliki dan pelihara.
Beliau mengingatkan setiap warga dan rakyat Terengganu tanpa mengira kaum dan agama haruslah mengibarkan jalur gemilang di premis dan rumah masing-masing sebagai usaha paling mudah untuk bersama-sama menyahut kemerdekaan yang sedang kita nikmati ini.
-ZS-