Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Perpaduan Resipi Kemerdekaan Harus Dipertahan

By 8 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

MASJID TANAH, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Kemerdekaan negara yang dicapai 65 tahun dahulu adalah hasil perpaduan kaum yang terjalin erat, sehingga proses Kemerdekaan Negara kita berjalan lancar tanpa setitis pertumpahan darah.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka Shahrom Ravin Daram Abdullah berucap di Program Semarak Gemilang 2022 daerah Alor Gajah yang berlangsung di Dewan Terbuka Kampung Sungai Tuang, Telok Gong, Kuala Linggi, dekat sini pada Sabtu.

“Erti Kemerdekaan itu harus kita hayati sedalamnya supaya keharmonian antara kaum dapat terus subur di negara kita dan dikecapi sehingga anak cucu kita,” ujarnya lagi.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya edaran Jalur Gemilang, pertandingan karaoke lagu patriotik, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan memasak dan sukan rakyat.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah telah dirasmikan oleh Ahli Undangan Negeri Kawasan Kuala Linggi Rosli Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda