Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ Mampu Pulihkan Negara

By 1 Ogos 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 30 Jul  (Malaysiaaktif) – Semangat tema Hari Kebangsaan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ boleh membuka jalan pemulihan ekonomi negara dalam norma baharu.

Menurut Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, rakyat perlu mengambil semangat tema Hari Kebangsaan tahun ini untuk bersama-sama bergandingan membantu proses pemulihan negara.

“Selari dengan tema hari Kebangsaan tahun ini yang membawa makna kebersamaan semua pihak sebagai sebuah keluarga besar yang kalis cabaran, kukuh dan terus maju dalam mendepani apa jua situasi dan cabaran mendatang, saya ingin mengajak semua pihak untuk bersama-sama berganding bahu ke arah memulihkan prestasi ekonomi kerana usaha tersebut merupakan satu jihad.

“Percayalah hanya Semangat Keluarga Malaysia yang Teguh Bersama boleh membuka jalan pemulihan ekonomi negara dalam norma baharu kerana kita ingin melihat ekonomi kembali pulih dan kesejahteraan rakyat dapat ditingkatkan,” katanya semasa merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat W.P Labuan di sini pagi tadi.

Beliau turut menyeru warga Labuan untuk meyakini usaha kerajaan menangani isu kos sara hidup rakyat seperti penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

“Kerajaan tidak hanya berpeluk tubuh dan menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dalam usaha membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

“Berilah kepercayaan kepada pasukan khas ini agar segala usaha yang sedang dan akan diambil mampu membantu rakyat menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup,” jelasnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda