Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

RM22,135 Nilai Rampasan Penyelewengan Bahan Api Bersubsidi Diesel

By 1 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Perlis telah berjaya menyerbu individu yang dipercayai menyeleweng bahan api bersubsidi diesel di sebuah stesen minyak di Kangar semalam.

“Sebuah Pajero telah ditahan hasil risikan penguatkuasa beberapa minggu yang lalu, ketika kenderaan tersebut di tahan pihak penguatkuasa mendapati kenderaan tersebut di ubahsuai dengan mempunyai tangki tambahan dan juga menjumpai enam jerry can kosong dalam kenderaan,” ujar Mohamad Amir Haji Abdullah, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Perlis ketika sidang media bertempat di pejabat PPDNHEP negeri Perlis pada pagi tadi.

Beliau berkata pihaknya telah menyita 500 liter minyak diesel bersubsidi, 6 jerry can, resit dan sebuah kenderaan Pajero Mitsubishi yang bernilai keseluruhan RM22,135.00.

Siasatan akan dilaksanakan di bawah Seksyen 21 serta Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000,000 bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

-ZS-

Tinggalkan komen anda