Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kembalikan Semangat Cintakan Negara

By 30 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan/Nur Ezzaty Ahmad Razimi (Port Dickson)

PORT DICKSON, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelbagai program dijalankan bagi membarakan kembali semangat kemerdekaan antaranya memberi sumbangan kepada komuniti.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Foodbank Malaysia (YFBM) Johan Halid berkata sumbangan berbentuk barangan asas dan pengisian minyak motor secara percuma ini merupakan antara salah satu daripada dua fasa siri Kembara Merdeka 65 YFBM dan Port Dickson adalah destinasi terakhir bagi kali ini.

“Penglibatan agensi seperti Jabatan Penerangan, Majlis Perbandaran Port Dickson, sukarelawan tempatan seperti Al-Baasith Negeri Sembilan dan komuniti setempat diharap dapat bersama-sama mengembalikan semangat cintakan negara dalam menyambut Bulan Kebangsaan selepas melalui perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Sebanyak 300 motosikal terawal menerima pengisian minyak motor percuma serta beberapa lagi barangan sumbangan Gardenia dan Mi Sedap,” katanya ketika ditemui dalam Program Pengisian Minyak Motorsikal Percuma sempena Merdeka@Komuniti, di sini baru-baru ini.

Antara pengisian lain dalam program ini ialah agihan pek makanan berbungkus, edaran Jalur Gemilang dan nyanyian lagu patriotik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda