Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

Kembalikan Semangat Rai Kemerdekaan

By 9 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)

KLEBANG, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Bulan Kemerdekaan Komuniti Keluarga Malaysia Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ahli DUN Klebang Lim Ban Hong di Taman Pulau Gadong Jaya dan Balai Polis Batang Tiga, di sini baru-baru ini.

Menurut Lim Ban Hong semangat Keluarga Malaysia yang ditampilkan melalui kerjasama Komuniti Keluarga Malaysia Pulau Gadong dan Batang Tiga semasa penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan harus diberikan contoh kepada masyarakat setempat dalam menyemarakkan patriotisme dalam jati diri setiap individu.

“Kibaran Jalur Gemilang dalam tempoh fasa peralihan endemik melalui dua program ini dapat mengembalikan semula semangat orang ramai untuk meraikanya setelah dua tahun pelaksanaan program berunsurkan kemerdekaan tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya susulan pandemik COVID 19 ini,“ katanya.

Pelbagai acara menarik turut diadakan seperti pertandingan mewarna dan laungan kemerdekaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda