Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Ruang Reka MySTIE Keluarga Malaysia Mampu Garap Idea Komuniti Setempat Berasaskan Sains, Teknologi dan Inovasi

By 9 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Dato Sri Dr Adham Baba berkata melalui hab ruang reka yang dibangunkan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan untuk mewujudkan satu ekosistem dalam ekonomi diterajui sains, teknologi dan inovasi yang akan memudahkan pembangunan teknologi tempatan.

Menurut Dr Adham Baba lagi ruang reka ini dilihat sebagai hab yang menggabungkan pelbagai elemen di mana ahli akademik, pelajar, syarikat pemula, syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan masyarakat secara amnya boleh berkongsi sumber dan pengetahuan.

“Ruang Reka Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) Keluarga Malaysia Langkawi merupakan kerjasama diantara Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

“Selain itu, hab ini juga dapat mewujudkan peluang ekonomi dan melahirkan bakat-bakat tempatan di dalam bidang sains dan inovasi,” katanya semasa melancarkan Program Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia Langkawi bertempat di Kompleks LADA di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda