Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Keselamatan Negara Merentasi Hierarki Sosial Masyarakat

By 24 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurunnadia Abdullah (Kluang)

KLUANG, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Keselamatan negara bukan hanya merentasi hierarki sosial masyarakat malah saling berpautan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, sosial, teknologi, tadbir urus serta hubungan antarabangsa.

Menurut Pegawai Deerah Kluang Jamaludin Haji A. Hamid ianya saling berpautan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, sosial, teknologi, tadbir urus serta hubungan antarabangsa.

“Namun begitu tanggungjawab memastikan negara Malaysia kekal berdaulat, aman dan sejahtera bukan terletak di bahu pasukan keselamatan dan jentera Kerajaan semata-mata tetapi bersama seluruh Keluarga Malaysia,” katanya di Program Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama Peringkat Daerah Kluang anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor, di sini semalam.

“Penganjuran program ini dapat memberi impak positif kepada masyarakat sesuai dengan Falsafah Keselamatan Negara yang sentiasa berusaha secara berterusan dan menyeluruh dalam memastikan Malaysia kekal wujud sebagai sebuah negara yang berdaulat, aman dan sejahtera,” tambahnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda