
Laporan/foto: Norsaedah Haron (Kluang)/KKM KDARY
KLUANG, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Bersempena dengan sambutan bulan kebangsaan yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini, Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Kampung Dato Abdul Rahman Yassin (KDARY) telah mengambil inisiatif melancarkan Program Semarak Jalur Gemilang Peringkat Komuniti bertempat di Balairaya Komuniti Kampung Dato Abdul Rahman Yassin, di sini semalam.
Menurut Ketua KKM KDARY Norzam Md Amin pertandingan menghias rumah dengan Jalur Gemilang dan dekorasi merdeka paling kreatif dan menarik diadakan bermula hari ini (Sabtu) sehingga 15 September dan pemenang akan diumum pada Hari Malaysia 16 September 2022.
“Penyertaan diterima melalui media sosial dan peserta perlu memuat naik gambar dekorasi dengan meletakkan ‘hashtag’ #KKMKDARY dan #KeluargaMalaysia,” katanya.
Pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Perbandaran Kluang Datuk Haji Md Jais Sarday yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri Mengkibol.
-ZS-