Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

KMKM 2022: Konvoi #KeluargaMalaysia Kukuhkan Kerjasama Rakyat Perlis

By 7 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

ARAU, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Peserta konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 negeri Perlis telah berjaya mengukuhkan dan menyatukan rakyat serta pelbagai jabatan dan agensi di negeri itu.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Perlis yang juga ketua konvoi negeri Perlis Tuan Azrul Hasan, kejayaan konvoi KMKM 2022 di negeri itu adalah hasil kerjasama sebuah entiti #KeluargaMalaysia yang sentiasa teguh bersama bagi menjayakannya.

“Kelancaran dan kemeriahan KMKM di negeri Perlis 2022 ini adalah hasil usahama pelbagai pihak.

“Saya mengucapkan terima kasih dan menghargai segala bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh semua yang membantu menjayakan KMKM pada kali ini,” ujar beliau ketika ditemui di sini tengah hari semalam.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda