
Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir
NIBONG TEBAL, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Changkat dan Bagan Buaya bersama Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan telah meriahkan sambutan Bulan Kebangsaan Merdeka@Komuniti di Perkarangan Dewan MPKK Changkat, di sini baru-baru ini.
Timbalan Menteri Alam Sekitar aan Air yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal Mansor Othman berkata program ini adalah bertujuan bagi menaikkan semangat serta memupuk nilai-nilai patriotisme dalam kalangan komuniti dan penduduk setempat.
“Sambutan Bulan Kebangsaan perlu disambut dengan meriah bagi memperingati sejarah kemerdekaan negara serta menyemarakkan Kempen Kibar Jalur Gemilang,” katanya.
Antara pengisian program ialah senamrobik, sukaneka, mewarna, pakaian beragam, pameran PTPTN, kaunter Pusat Maklumat Rakyat, edaran Jalur Gemilang, penyampaian sumbangan dan cabutan nombor bertuah.
-ZS-