Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Gerabak ‘Sahabat Desa’ Tarikan Konvoi Jelajah Kampung Mukim Seri Menanti

By 24 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Latifah Salleh/Haliza Mohd Taib

MUAR, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kebangsaan semakin dirasakan dengan sambutan luar biasa masyarakat tempatan Mukim Seri Menanti, di sini semalam.

Antara yang menarik adalah gerabak ‘Sahabat Desa’ hasil buatan anak jati Sungai Sudah, Abd Aziz Kasian.

‘Sahabat Desa’ boleh memuatkan 10 orang penumpang dalam satu masa turut menyertai konvoi menjelajah ke sekolah-sekolah bersama-sama 50 buah motosikal dan tujuh buah kereta.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Balang Haji Selamat Takim hujan gerimis tidak menghalang peserta seramai 100 orang itu untuk terus bersemangat memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan.

Perjalanan konvoi yang bermula dari Kompleks Seri Menanti menjelajahi semua sekolah di Mukim Seri Menanti sambil mengedarkan Jalur Gemilang kepada guru besar sekolah-sekolah terlibat.

Turut hadir Penghulu Mukim Seri Menanti Haji Ariffpudin Abd Latif, Ketua Balai Polis Parit Jawa SM Harun Ibrahim dan Ketua Perpustakaan Desa Seri Menanti Marliah Lamat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda