
Laporan/foto: Mazlin Basir/Effahisham Jaffar (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Keluarga Malaysia Teguh Bersama merupakan tema Hari Kebangsaan dan menjadi landasan Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Semerah mendekati masyarakat bagi mengajak komuniti setempat mengibarkan Jalur Gemilang.
Pengerusi KKM Semerah Ismail Roslan berkata edaran Jalur Gemilang adalah untuk mendekati masyarakat agar sama-sama mengibarkannya bagi menzahirkan perasaan patriotik kepada negara.
“Kita berharap masyarakat meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dengan penuh kemeriahan setelah dua tahun rakyat terkesan akibat COVID-19,” katanya ketika ditemui di Pasar Malam Taman Perindustrian Sri Sulong,” di sini baru-baru ini.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah Mohd Fared Mohd Khaled dan Pegawai Penerangan Daerah Batu Pahat Musliha Yusof.
-ZS-