Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Rumah Rakyat CIMB Islamic Beri Manfaat Kepada Kumpulan Sasar

By 29 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sufe Fuddin Sudin/Husaini Harun (Langkawi)

LANGKAWI, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Menyedari tentang keperluan bagi membantu kumpulan sasar di hospital Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Dr Othman Warijo bersama  Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Ahmad Shahriman Mohd Shariff menandatangani plak perasmian Rumah Rakyat CIMB Islamic.

Rumah Rakyat CIMB Islamic ini adalah satu kemudahan penginapan sementara kepada waris pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Maliha, di sini.

“Ianya juga memberikan manfaat kepada keluarga dan waris yang kurang kemampuan disebabkan jarak jauh dari hospital.

“Program ini mampu membantu ramai golongan sasaran dengan manfaat jangka masa panjang sejajar dengan proposisi jenama baharu CIMB GROUP ‘Melangkah Ke Hadapan Bersama’,” kata Ahmad Shariman.

Turut hadir Pengarah Hospital Sultanah Maliha Dr Akmal Naziah Dato Haji Ahmad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda