
Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir/Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Tampin)
TAMPIN, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Sepuluh buah sekolah telah dipilih menjadi tempat pemeriksaan bagi Program Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh anjuran Pejabat Penerangan Daerah Tampin dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli DUN Gemencheh semalam.
Menurut ADUN Dato’ Mohd Isam Hj Mohd Isa objektif utama program tersebut adalah untuk menyemai serta menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat setempat khususnya para pelajar sekolah.
“Justeru itu peserta kembara hari ini telah berkonvoi ke sekolah-sekolah dengan membawa Jalur Gemilang serta poster Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 untuk diserahkan kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah terlibat.
āAlhamdulillah sambutan amat menggalakkan dan meriah sekali. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Program sebegini akan diteruskan pada tahun akan datang dengan sambutan yang lebih meriah dan akan melibatkan lebih banyak penyertaan daripada agensi kerajaan dan NGO tempatan,” katanya.
-ZS-