Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pengllibatan Pelajar Sekolah Pasang Jalur Gemilang Pupuk Semangat Patriotisme

By 25 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Rasidi/Muhammad Arief

CAMERON HIGHLANDS, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 40 pelajar unit beruniform dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Raja bersama guru dan komuniti setempat memasang Jalur Gemilang di premis perniagaan sekitar Kampung Raja bagi menyemarakkan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.

Menurut Pengetua SMK Kampung Raja Azmi Ahmad unit beruniform yang terlibat dalam aktiviti ini terdiri daripada pasukan Pengawas, Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, Pengakap, St John Ambulance dan Kadet Polis.

“Kita mahu memupuk nilai kepada para pelajar, dalam kain berwarna (Jalur Gemilang) adalah maruah negara kita, apa yang kita mulakan hari ini adalah sebagai satu permulaan dan akan diteruskan lagi bukan sekadar kempen sahaja tetapi pelbagai aktiviti akan dilaksanakan bagi menaikkan semangat menyemarakkan Bulan Kebangsaan dan cintakan negara kita,” ujarnya.

Aktiviti anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Cameron Highlands, Komuniti Keluarga Malaysia (KKM), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Raja ini dapat membuka mata masyarakat setempat agar memupuk semangat patriotik dalam diri dan memasang Jalur Gemilang di setiap premis perniagaan mahupun perumahan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda