Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Konvoi Kerohanian Meriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan di Jerantut

By 30 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Azham

JERANTUT, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 30 penunggang motosikal menyertai Konvoi Rohaniah bagi menzahirkan semangat patriotisme kepada negara sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65, di sini baru-baru ini.

Menurut Imam 1 Masjid Tengku Mahkota Abdullah Imam Mohd Fikri Hamzah konvoi tersebut singgah di beberapa lokasi persinggahan yang turut mengadakan pelbagai program seperti mengedar dan memasang Jalur Gemilang.

ā€œDiharapkan program ini menjadi acara tahunan sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan sebagai kempen menggalakkan rakyat memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang,ā€ katanya lagi.

Pegawai Daerah Jerantut Khairun Nissa Aris hadir melepaskan konvoi yang menjadikan Chenor sebagai destinasi pertama mereka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda