Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Latih Belia Imarahkan Masjid

By 28 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd. Yusof Hj. Abd. Samad

TANGKAK, 28 Ogos (Malaysiaaktif) –  Program mengimarahkan masjid sempena ambang merdeka telah diadakan di Masjid Daerah Tangkak, pagi tadi.

Penolong Pengarah  Bahagian Hal Ehwal Keluarga Jabatan Agama Islam Johor, Fakhurazzi Yusof, berkata pihaknya menyambut baik usaha dilakukan pentadbiran masjid yang tampil dengan cara tersendiri untuk kebaikan jemaah.

“Program ini adalah pendekatan dakwah terbaik kepada golongan remaja mendekati masjid untuk pelbagai aktiviti, tidak terhad kepada soal keagamaan sahaja.

“Ia menjadi contoh kepada masjid yang lain untuk mengimarahkan rumah Allah dengan pelbagai pengisian berfaedah,” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan ialah gotong-royong membersihkan masjid dan menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk. Kariah serta ahli jawatan kuasa masjid turut membantu bersama-sama pelajar untuk menjayakan aktiviti berkenaan.

Turut hadir Imam Masjid Daerah Tangkak Hafifi Mohd, pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang, pelajar Sekolah Menengah Tun Mamat dan masyarakat Islam tempatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda