Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

‘Love Our Nature’ Daerah Hulu Selangor Eratkan Silaturrahim

By 12 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amir Rithauddin Roslan (Hulu Selangor)

KUALA KUBU BHARU, 12 Ogos  (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kuala Kubu Bharu menganjurkan Program ‘Love Our Nature’ Daerah Hulu Selangor bersama agensi-agensi kerajaan di daerah Hulu Selangor.

Menurut Ketua Penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Kuala Kubu Bharu Mohd Noor Md Rejab program ini dianjurkan untuk mengetengahkan lokasi-lokasi ekopelancongan yang terdapat di seluruh Hulu Selangor di samping menyemai rasa cinta terhadap alam semulajadi

“Pihak KPDNHEP lazimnya bekerjasama dengan pelbagai agensi dalam program-program berbentuk kepenggunaan namun pada kali ini ia berbeza dan lebih santai untuk mengeratkan silaturahim antara agensi setelah dua tahun tidak diadakan akibat pandemik COVID-19,” katanya di Santuari Ikan Kelah, Sg. Chiling, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda