Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Price Catcher Bantu Atasi ‘Permainan’ Harga

By 12 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 12 Ogos (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengambil inisiatif untuk membangunkan aplikasi mudah alih menggunakan platform Android dan iOS bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup.

Jueteru pengguna boleh mengatasi masalah ‘permainan’ harga dan membuat perbandingan harga melalui aplikasi Price Catcher ini sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan.

Ahli Parlimen Jerai Ustaz Sabri Azit yang hadir merasmikan program Jelajah Kepenggunaan KPDNHEP Peringkat DUN Gurun di Kg Bukit Kuang, Gurun di sini semalam turut menyeru kepada masyarakat agar sentiasa bijak berbelanja dan berwaspada dengan ‘permainan’ harga barangan dan perkhidmatan kerana terdapat peniaga yang cuba mengambil kesempatan atas kelalaian pengguna.

Menurutnya lagi pengguna boleh merancang pembelian dengan membandingkan harga yang terdapat di aplikasi mahupun di premis bagi menggelakkan di tipu oleh peniaga.

-ZS-

Tinggalkan komen anda