Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Merdeka@Komuniti Meriah dengan Kayuhan Basikal Cilik

By 23 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin/Amirul Amram (Kemaman)

KEMAMAN, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Kayuhan Berbasikal Cilik Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Pengkalan Cicar telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh di Pasar Malam Bukit Kuang, di sini baru-baru ini.

Menurut Ketua Komuniti Kg Pengkalan Cicar, Razali Awang, lebih 40 kanak-kanak diiringi oleh para petugas dari Kampung Pengkalan Cicar dan juga kampung bersebelahan yang begitu bersemangat menghias basikal mereka.

“Mereka seterusnya dilepaskan dengan kayuhan melebihi 3km mengelilingi kawasan kampung dan perumahan,” katanya.

Program anjuran oleh Pejabat Penerangan Daerah Kemaman tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti Kampung Pengkalan Cicar yang turut mengharapkan ianya dijadikan acara tahunan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda