
Laporan/foto: Rose Rasidi/Noraini SKTR
CAMERON HIGHLANDS, 12 Ogos (Malaysiaaktif) β Seramai 25 murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tanah Rata (SKTR), di sini baru-baru ini diberi peluang mendaki Gunung Brinchang bersama pihak Regional Environmental Awareness Cameron Highlands (REACH) bagi aktiviti menanam pokok bertujuan memelihara kehijauan bumi dan alam sekitar.
Menurut Guru Penyelaras SKTR Noraini Muhamad Radha setiap murid diberi pendedahan dalam menjaga alam sekitar dan diberi peluang menanam pokok masing-masing.
βRiak wajah anak-anak kelihatan sangat seronok melakukan aktiviti bermanfaat seperti ini. Pihak sekolah akan meneruskan lagi bagi menyemai perasaan sayang akan bumi dan memelihara alam sekitar.
Cameron Highlands merupakan destinasi pelancongan terkenal, maka keindahan alam semulajadinya perlu dipelihara dan dipertahankan,β ujarnya.
-ZS-