Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Hari Bertemu Pelanggan Melaka Peluang Terbaik Rakyat Suarakan Permasalahan

By 11 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Amirul Miza Mohd Tamizi

JASIN, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Melaka adalah peluang terbaik untuk rakyat bersemuka untuk menyuarakan aduan atau permasalahan yang dihadapi tanpa karenah birokrasi melalui saluran jabatan-jabatan dan agensi-agensi berkaitan.

“Lebih 90.2 peratus daripada 5627 aduan yang telah diperolehi dari pelbagai sumber yang diterima telah diselesaikan.

“Ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan berusaha meningkatkan kualiti dan prestasi penjawat awam,” ujar Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali di perasmian program tersebut Dewan Alamanda Jasin, di sini hari ini.

Lebih 20 tapak pameran kesihatan seperti pemeriksaan gigi dan pemeriksaan tekanan darah percuma turut disediakan untuk dilawati oleh orang ramai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda