
Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul
KUANTAN, 26 Ogos (Malaysiaaktif) ā Menteri Besar Pahang Datoā Sri Wan Rosdy Wan Ismail telah melancarkan Pahang Pride Athleteā, di sini semalam.
Wan Rosdy memaklumkan, menerusi inisiatif ini Kerajaan Negeri berhasrat untuk mewujudkan satu garis panduan bagi mengukur dan mengiktiraf kemajuan serta pencapaian sukan anak-anak Pahang.
āSelain itu bagi menghargai sumbangan para atlet yang telah mengharumkan nama negeri pada tahun ini, saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan sumbangan sekali beri sebanyak RM300 setiap seorang kepada 1,000 orang atlet yang menjadi kebanggaan negeri dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM300,000 ringgit,ā katanya.
-ZS-