
Laporan/foto: Muhamad Hafizuddin Abdul Halim (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 30 Jul (Malaysiaaktif) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50 peratus bagi kesalahan terpilih bersempena Peringatan Hari Polis ke-215 2022 yang disambut meriah di Dataran Merdeka, di sini semalam.
Booth bayaran yang bermula jam 9 pagi hingga 6 petang ini menyaksikan orang ramai telah mula menunggu di khemah kaunter bayaran saman seawal jam 7 pagi.
Antara diskauan saman yang ditawarkan adalah bagi kesalahan tidak memakai topi keledar, tidak mempunyai lesen memandu, memandu sambil menggunakan telefon, tidak memakai tali pinggang keledar, memandu melebihi had laju dibenarkan, tidak mempamerkan pelekat “P” di depan dan belakang motosikal.
Seorang pengunjung yang ditemui, Sariman Jaabar, 40, merasa bersyukur dan gembira dengan tawaran diskaun ini dan berharap promosi sebegini dapat diperbanyakkan bagi menggalakkan orang ramai membayar saman.
Tambah beliau “di samping dapat melunaskan saman-saman tertunggak, dapat sama-sama merasai kemeriahan sambutan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur”.
-ZS-