Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Warna Jalur Gemilang Semarakkan Pelancaran Bulan Kebangsaan & Kempen Kibar Jalur Gemilang di Negeri Perlis

By 1 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Keluarga Malaysia di negeri Perlis mewarnai Denai Larian Pengkalan Asam, pada pagi ini dengan pakaian bertema warna-warna Jalur Gemilang dengan aktiviti utama berjalan sejauh 2.7 kilometer.

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri Perlis pada pagi semalam telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perlis.

“Berjalan santai bersama keluarga memberi inspirasi daripada #Keluarga Malaysia dan juga tema sambutan pada tahun ini iaitu #Keluarga Malaysia Teguh Bersama”, ujar Datuk Seri Azlan Man ketika menyempurnakan majlis.

“Tahun ini Sambutan sempena Bulan Kebangsaan juga akan di seri kan lagi dengan pelbagai aktiviti setelah dua tahun kita tidak dapat berkumpul secara fizikal,” ujar beliau lagi.

Program ini disertai oleh Exco Penerangan, Roziena Ahmad merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 Peringkat Negeri Perlis,  Speaker DUN Perlis, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil Jabatan Negeri dan Persekutuan  dan juga wakil-wakil Persatuan di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis,” ujar beliau lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda