
Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)
KEMAMAN, 12 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 Peringkat Negeri Terengganu telah berakhir di Kemaman hari ini setelah melalui tiga hari perjalanan ke lokasi Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun.
Acara perasmian dan pelepasan KMKM 2022 Terengganu telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid.
“Program seperti ini patut diteruskan pada setiap tahun kerana ia boleh menyemai semangat cintakan negara dalam diri rakyat Makaysia,” ujarnya.
Menurut Normaziah Mohamed, 46, tahun dari Kg. Gelugor Kerteh, dekat sini beliau merasa sangat berbangga kerana Kemaman dipilih sebagai tempat persinggahan peserta konvoi.
“Saya dapat melihat semangat patriotisme dalam masyarakat kita masih lagi tinggi, orang ramai menyemai rasa cinta dan sayang kepada negara kita dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah atau premis-premis perniagaan mereka.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kemasik Ir. Saiful Azmi Suhaili.
-ZS-