Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

30 Pemilik Hak Baru Terima Geran Tanah daripada Kerajaan Kedah

By 12 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Yusmila/Bashar (Sik)

SIK, 12 Ogos (Malaysiaaktif) – Penantian hampir 10 tahun berakhir apabila 30 orang pemilik hak baru di daerah Sik menerima geran tanah daripada kerajaan negeri Kedah.

Ahli Parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman yang mewakili Menteri Besar Kedah telah menyampaikan serahan geran tanah tersebut pada Majlis Perasmian Penutup Program Jelajah Kedah Sejahtera Daerah Sik di Masjid Al-Hidayah, Merbau Kudung, di sini hari ini.

Kesemua penerima terdiri daripada penduduk empat mukim di daerah Sik iaitu Mukim Jeneri, Teloi, Sik dan Sok.

Mat Zain Hussain, 68, dari Kampung Merbau Kudung melahirkan rasa syukur kerana usaha dan penantian beliau selama hampir 10 tahun telah berakhir hari ini apabila turut tersenarai menerima geran tanah.

“Saya berasa amat bersyukur dengan penerimaan geran pada hari ini setelah membuat permohonan hak milik baru ini pada tahun 2013.”

Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Romani Wan Salin, Ahli Dewan Undangan Negeri Belantik Mohd Isa Shafie dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Sik Ahmad Shazarulazwan Sarip.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda