
Laporan/foto: Rose Rasidi/Intan Saziana
CAMERON HIGHLANDS, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – “Hargailah jasa-jasa pahlawan terdahulu yang berkorban nyawa demi mencapai kemerdekaan negara dari cengkaman penjajah,” ujar pesara polis Senoi Praaq, Ismail Ariffin di hadapan komuniti Keluarga Malaysia Kampung Orang Asli Kuala Boh, di sini, semalam.
Ujarnya lagi, adalah penting untuk semua anak-anak Orang Asli ambil tahu tokoh-tokoh kemerdekaan terutamanya jasa dan pengorbanan wira Orang Asli dalam pasukan Senoi Praaq yang turut menyumbang kepada kemerdekaan negara.
Beliau turut menambah dalam ucapannya di program Merdeka@Komuniti KKM Kuala Boh, agar sentiasa ingat keluarga masing-masing, menjaga komuniti, menyelamatkan negara dan bangsa.
Penduduk Kampung Orang Asli Kuala Boh yang majoritinya berketurunan Semai turut bergandingan bahu bersemangat memasang Jalur Gemilang di setiap rumah, balai raya dan surau di kampung ini yang turut disertai Tok Batin Masenan Nordin dan Duta Komuniti.
-ZS-