
Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi /Mohd Nizam (Jempol)
JEMPOL, 27 Ogos (Malaysiaaktif) β Seramai 300 peserta hadir dalam Program Merdeka@Parlimen: Hiking@Bukit Taisho awal pagi tadi.
Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Jempol telah mendapat kerjasama daripada Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Jempol, F.G.S. Bahau, Komuniti Keluarga Malaysia Zon Bahau dan Persatuan Kembara Bukit Taisho.
Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif turut hadir bersama naik ke atas Bukit Taisho.
Bukit Taisho yang terletak di Bandar Bahau merupakan tarikan utama kepada orang ramai yang berkunjung ke daerah ini kerana disajikan dengan pemandangan yang menarik seperti permaidani awan.
Teruja dengan sambutan yang begitu menggalakkan daripada orang ramai, Mohd Salim telah mengumumkan peruntukan khas bagi mengindahkan lagi kawasan tersebut.
βKita merasai keperitan untuk mendaki, ingin saya khabarkan sesuatu yang mengembirakan buat semua dengan memperuntukkan sejumlah RM15 ribu untuk mengindahkan lagi tempat ini,.
βAnggaplah ianya sebagai satu simbolik untuk kita mengenang kembali sejarah kemerdekaan negara kita. Setelah kita menghadapi kesukaran, hari ini kita menikmati keselesaan dan keamanan yang mana harus kita jaga sebaiknya dengan perpaduan yang erat sebuah Keluarga Malaysia yang sentiasa teguh bersama,β katanya.
-ZS-