
Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Azrul Azham
JERANTUT, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Pahang menggalakkan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) berdikari dengan menjalankan projek-projek perladangan, pertanian, pembangunan dan penyelidikan bagi menjamin kelestarian kewangan universiti.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata demikian di Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan dan Usahasama antara Anak Syarikat UniPSAS dan Rangkaian Delima Sdn Bhd (RDSB) bagi memajukan Ladang Kepala Sawit di Ulu, di sini semalam.
Menurut beliau projek tersebut akan memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat di samping RDSB dapat memberi contoh teknik perladangan terkini dengan kos yang berpatutan.
“Pendapatan daripada projek pembangunan ini akan dikembalikan kepada UniPSAS bagi menampung perbelanjaan pembangunan, aktiviti pendidikan dan penyelidikan demi pembangunan modal insan yang berkualiti buat rakyat Pahang,” ujarnya.
-ZS-