
Laporan/foto: Mohd Hairie Izwan Awang (Hulu Terengganu)
HULU TERENGGANU, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-65 disambut meriah dengan Pertandingan Berakit Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir yang diadakan dari Kampung Pulau Manis, Manir menyelusuri Sungai Terengganu ke Kampung Pasir Tebakang, di sini.
Sebanyak 30 rakit Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN Manir telah menyertai pertandingan berkenaan yang dihias dengan Jalur Gemilang bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan.
Pertandingan ini turut disertai oleh KKM Kampung Pulau Manis, Kampung Binjai Manis
dan Kampung Beladau Kolam.
Menurut Amari Abdullah, 50, Pengerusi JPKK Kampung Pulau Manis pertandingan ini berjaya menyatukan semua lapisan masyarakat, menaikkan semangat sempena sambutan Bulan Kebangsaan.
Pertandingan berakit kali ini telah dimenangi oleh pasukan PAKR Batu Hampar.
Majlis Perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli DUN Manir Ustaz Hilmi Dato’ Harun.
-ZS-