
Laporan/foto : Azimee Abdullah
BALIK PULAU, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya dengan kerjasama Komuniti Keluarga Malaysia Pulau Betong telah menganjurkan Program Merdeka@Komuniti bertempat di Madrasah Hidayatul Islamiah kampung Pulau Betong.
Sebanyak 100 Jalur Gemilang telah diagihkan oleh Pegawai Penerangan Daerah Barat Daya, Marshita Othman, kepada masyarakat di kawasan Pulau Betong.
Turut hadir sama bagi menjayakan program adalah Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Pulau Betong, Ismail Kasim dan Pengerusi Kelab Sukan Dan Rekreasi Parlimen Balik Pulau, Hisham Hamid.
Dalam ucapan Marshita Othman, “beliau menyeru agar semua lapisan masyarakat menanamkan semangat patriotisme dan mengingati pengorbanan pejuang-pejuang negara dahulu”.
-ZS-