Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Pameran Mini JAPEN Sarawak Terima Sambutan Warga Kuching

By 14 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas (Sarawak)

KUCHING, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Pameran Foto Koleksi Sejarah Kemerdekaan 1963 merupakan pengisian yang menarik dan berinformasi JAPEN Sarawak, sempena Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri di Tebingan Sungai Sarawak, Kuching, semalam.

“Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka (BKVS) turut mempromosikan sistem Khazanah Foto Negara melalui Portal MyFoto Penerangan yang boleh dilayari secara maya oleh pengunjung yang berminat dengan koleksi foto JAPEN.

Permainan Dam Ular Merdeka mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada pelajar sekolah dan pelajar IPT.  Malah warga emas serta pelancong luar negara turut menyertai permainan ini,” kata Noralia Harun.

Pengisian program e-Kuiz kenegaraan PMR turut diadakan secara dalam talian untuk menguji pengetahuan am kenegaraan pengunjung tapak pameran JAPEN.

-ZS-

Tinggalkan komen anda