
Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)
TAIPING, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Program interaktif SKILLBOX@Kelab Malaysiaku anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia yang julung kali diadakan secara hibrid di luar Putrajaya berjaya menarik penyertaan 4,000 pelajar sekolah menengah dari seluruh negara.
Kesemua penyertaan ini terdiri daripada 1,000 pelajar sekolah menengah di sekitar Taiping yang hadir secara bersemuka manakala 3,000 pelajar lain hadir secara maya.
Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) JaPen Zainuddin Haji Ismail berkata program tersebut direka khusus untuk memberi inspirasi dan membantu pembangunan sahsiah golongan pelajar.
“Pada masa hadapan JaPen akan bawakan lebih banyak pengisian dan pulangan menarik buat semua peserta yang menyertai SKILLBOX@Kelab Malaysiaku,” ujarnya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII, Taiping, di sini pada Sabtu.
-ZS-