
Laporan/foto: Norsaedah Haron (Kluang)
KLUANG, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Kira-kira 100 orang penduduk Taman Delima memeriahkan suasana Program Merdeka @ Komuniti Keluarga Malaysia Taman Delima bertemakan Mat Kilau yang diadakan di Balai Aktiviti Taman Delima, di sini semalam.
Menurut Pegawai Penerangan Daerah Kluang Mohd Sharir Mohd Sani program seperti Merdeka @ Komuniti pada hari ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dua hala antara Jabatan Kerajaan dengan komuniti setempat tetapi dapat juga menyediakan aktiviti bermanfaat secara terus kepada rakyat.
“Dalam erti kata lain strategi ini mampu mendekatkan dan memupuk jalinan mesra antara komuniti dan juga agensi dalam kita menyemarakkan bulan kebangsaan,” ujar beliau lagi.
Dalam program sama, komuniti turut mengadakan konvoi bermotosikal membawa Jalur Gemilang mengelilingi Taman Delima dan menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian kepada enam orang penduduk taman tersebut yang menghidap penyakit kronik.
-ZS-